Saturday, January 21, 2012

Cabaran demi cabaran

Alhamdulillah,Januari sudah hampir ke penghujungnya.banyak betul agenda yg perlu disetel,yg baru dirancang dan banyak lagi yg belum disetel,itu yg buat pening kepala.

Walau apa pun segala yg dirancang perlu dilaksanakan dgn penuh hikamh.Tugas sbg isteri dan ibu di rumah itu dah jadi kewajipan.Amanah yg digalas utk didik murid2 di sekolah,tugasan utk semester 2 dan macam2 hal yg tersenarai dan yg pasti janji Allah itu yg pasti utk kita dijemputnya ke sana nanti alam yg kekal abadi.Dunia ini ladang bagi akhirat.

Syukur pd Allah anak sulungku Athiyah Mardhiyah dah dpt praktikal di Majlis Daerah Kerian di bahagian unit IT. kerisauan dan doaku akhirnya dimakbulkan olehNya jua.Tempat praktikalnya berhampiran dgn rumah memudahkan utk suamiku menghantarnya seawal pagi dan petangnya aku lak yg ambil puteri sulungku di pejabatnya.

Anak keduaku Afiq Shauqy pula dah dapat loan MARA minggu lepas,Alhamdulillah kurang le sikit tanggungan utk biaya pelajarannya utk semester 2 ni di Bangi.Rumah sewanya berdekatan dengan surau Annur dan Darus Syifa.Pesananku padanya bacalah al-quran setiap hari jangan ditinggal walau sesibuk mana dan terukan solat berjemaah samada di
surau atau di masjid dijadikan amalan dlm hidup.Kelak angah satu masa nanti kan menjadi ketua keluarga dan meimpin adik2 bila mana umi dan abi tiada di sisi anak2 semua.



Anak ke tiga ku Amiratul Jannah, menggalas tanggungjawab di rumah mengasuh adik dan memasak sementara menunggu result SPM.Syukur kerna dia dah pandai memasak dan urus puteri bongsuku yg berusia 2 tahun 4 bulan.Elaun bulanan akan diberi padanya tanda menghargai jasanya .


Putera ke empat 4 ku Aiman Marwan pula sibuk nak masuk asrama penuh or Sek.Men.
Permaisuri Bainun.Ini berikutan result PMR nya 7A 1B,Alhamdulillah walaupun waktu exam PMR nya aku kurang sihat akibat baru lpas operation namun dia cekal.Ku doakan agar dia dpt melanjutkan pelajarannya di mana2 sekolah bersarama penuh Insyaallah.
Sebenarnya aku lebih rela anak ke 4 ku ini tinggal di rumah je lagi pun sekolahnya dgn rumahku hanya 5 minit je perjalanannya itu pun kalau berjalan kaki.


Putera ku yg ke 5 Amir Mursyid seperti biasa le minggu ini cuti tahun Baru Cina suami ku dah ambilnya pulang dari asrama katanya MRSM nya bagi tugasan kumpulan utk hasilkan projek ilmiah atau projek saintifik dan presentgation nya awal julai ni.So aku suruh dia surf aje internet or tanya pada kakak sulungnya atau angah yg memang dah biasa buat projek dan membuat reka cipta utk final project mereka di universiti dulu.Semoga segala-galanya dipermudahkan.


Akram Muaz putera ku yg ke 6 pula tahun ni akan ambil UPSR.Semalam ustazah di sekolah fardhu ainnya telefon aku dan memaklumkan bahawa keputusan UPKK nya dah keluar dan Alhamdulillah putera ku mendapat result yg mumtaz iaitu 8A.
Syukran jazilan buat ustaz dan ustazah di Sekolah Agama Al Hidayah kerna mendidik anakku tanpa jemu.Jasa kalian amat dihargai hanya Allah jua yg dpt membalasnya.Dah hampir seminggu aku perlu ingatkannya utk hafal semua surah dlm juz amma kerna se awal februari ni ada MTQ dia merupakan wakil sekolah utk bahagian hafazan peringkat zon Parit Buntar.Tahun lepas dia berjaya mewakili Daerah Kerian hingga ke peringkat negeri Perak.Pada tahun ni harapan sekolah disandarkan padanya utk mewakili negeri Perak ke peringkat Kebangsaan.KU doakan semoga anakku berjaya dan seterusnya mendapat keputusan yg cemerlang dlm UPSR 2012 Insyaallah.Moga2 Akram Muaz dapat melanjutkan pelajarannya di Institiut tahfiz quran (ITQAN)Gemencheh Ng Sembilan atau
di MRSM Ulul Albab Kepala Batas.Padanya ku sandarkan harapan utk menjadi tahfiz moga akan jadi generasi al Quran yg unggul.Idolanya adalah Ahmad Saud seorang huffaz dari Timur Tengah.



Putera ke 7 ku Arham Miqdad dah masuk tahun empat dan berusia 10 tahun.dialah satu-satunya anak ku yg bercita-cita tinggi utk menjadi seorang ulamak.Sewaktu umur nya 5 tahun masih ingat lagi bagaimana dia lukiskan kereta2 kebal bersama-sama dgn tentera Islam utk menentang tentera Israel dan Amerika di Gaza .
Katanya nak pergi berjihad utk lawan tentera kafir dan nak mati syahid.Begitu terkedu aku dan suami mendengarnya.Sekarang tengah sibuk menghafal cerita utk pertandingan bercerita kisah2 Islam peringkat zon pada 30 januari ini.Miqdad ni agak matang sebelum usianya,pelbagai soalan kekadang tak terjangkau dgn usianya.Segala-galanya perlu dijawab dengan penuh hikmah.


Anak ke 8 ku Ahmad Munef dah menjangkau usia 8 tahun.Sekarang ni dah masuk tahun 2 ku bawa bersama ke sekoalh tempat ku bertugas.pada tahun lepas 2 kali dia menangis
Munef ni cepat tersentuh hatinya .Dia amat terasa pabila sewaktu abi nya terpaksa bertugas di Shah Alam tahun lepas so perasaannya agak terusik.Alhamdulillah pd tahun
ini dia amat ceria dan dapat meneruskan pelajarannya dendan penuh semangat memandang
kan kini suami ku sudah berada di sisi kami sekeluarga.Syukur kepada MU ya Allah kerna memakbulkan doa kami sekeluarga dan suami ku dapat kembali ke sisi kami dan bertugas di Kepala Batas.


Putera ku yg ke 9.Amjad Naufal tahun ini merupakan tahun ke 2 dia dalam kelas pra sekolah bersama aku di sekolah yg sama dgn abang2nya yg lain.Anakku ini perlu diberi perhatian dan penjagaan yg teliti memandangkan dia menghidapi penyakit asma(lelah)
sejak usianya 2 tahun lagi.Setiap 2 bulan perlu dibawa ke hospital utk rawatan dan
kerap juga di tahan di wad.Ku doakan agar penyakit sembuh dan dia dapat bermain seperti mana kanak- kanak yg lain.


Puteri Bongsu ku yg ke 10,Aufa Mawaddah,sekarang dah berusia 2 tahun 4 bulan dan petah bercakap.dah pandai baca doa makan dan doa tidur.Kata abang2nya aufa kena jadi ustazah.Moga termakbullah doa abang2 nya agar puteri bongsu ku ini menjadi ustazah dah boleh memandikan jenazahku.Ku berharap anak2 lelakiku yg menggali liang lahat buat aku dan suami serta mengimami sembahyang jenazah sewaktu kematian kami nanti.



Suami ku Amir Amran seorang yang amat sabar dan memikul tugas dgn penuh tanggungjawab utk memimpin kami sekeluarga.Dia sebagai ketua keluarga perlu hadapi pelbagai karenah dlm keluarga besar ini.Semoga Allah swt memberikan kekuatan dan kesihatan yg baik buat dirinya utk menggalas amanah yg amat berat ini.



Diriku kini masih banyak kekurangan dalam masa yg sama masih meneruskan pelajaran dan cita-cita ku utk menghabiskan ijazahku.Ini adalah kali ketiga niatku utk melanjutkan pelajaran.Kali pertama aku terpaksa berhenti pengajianku di UITM Shah Alam kerna kehendak ibu bapaku utk melihatku menjadi seorang guru.Setelah berkahwin dan mempunyai anak seramai 5 orang ku sambung pula pelajaranku di UPM Serdang secara pengajaian jarak jauh.Dek kerna masalah kewangan,masalah kesihatan ,dan masalah anak2 ku yg masih kecil aku terpaksa menangguh pengajianku sewaktu di semester 7,Ku tangguh pengajianku hampir 4 tahun lamanya maka aku perlu membuat bayaran pengajian
yg lain pula anggaran 10 ribu so ku batalkan saja niatku itu.Selepas operation yg ku jalani tahun lepas aku bertekad utk menyambung kembali pengajianku di peringkat ijazah melalui program pensiswazahan guru secara oercuma di IPGM Tuanku Bainun.
Alhamdulillah 2 minggu lepas result exam semester 1 telah ku semak dan kelima2 pelajaran aku berjaya mendapat A dan mendapat 4 flat.Berkat doa suamiku,ibu bapa dan anak2 ku semuanya, aku berjaya.Syukur padamu ya Allah.Hanya padamu hambamu meminta
pertolongan dan hanya padamu hambaMu berserah ya Mujib.



Semoga segala ujian dan kesukaran yg kami sekeluarga lalui kau ringankanlah Ya Allah.Jangan Kau biarkan kami lalai dan alpa walau sedetik cuma.Lindungilah kami sekeluarga,ibu bapaku,kedua mertuaku dan muslimin serta muslimat .lingkungi kami di bawah rahmat Mu ya Allah.Amin ya rahman.amin ya Rahim.Ya Mubin ,Ya Wasi.Ya Rabbul jalaliwal ikram.Amin Ya Rabb


..........Titisan Mawaddah.......

3 comments:

Ummi Hanie said...

Salam kak ,

ramainye permata hati akk .. kagum2 ;) sronok tgk mereka mmbesar dpn mata kan ...

insan marhaen said...

hu... IM lagi letih membaca dan menghayatinya...

tak mengapa. teringat kata-kata jiran IM pada mak masa IM masih kecil dulu.

"Kamu tok usoh ghiso, Awi oii... biler dah beso deme esok, senang ler kamu."

sekarang ni ramai anak-anak yang boleh jaga mak IM yang kini lumpuh sebelah kiri. sebut saja mak nak apa... ke klinik, ke KL, ke Penang? akan ada anak-anaknya yang datang menunaikan.

tapi mak IM tetap macam dulu... tak mahu terlalu menyusahkan anak-anaknya.

tapi IM tahu.. bila malam, mak menangis mengenang dirinya.

IM tahu sebab IM anak yang paling tua. yang merasai bersama susah senang hidup di zaman tidak ada air paip dan talipon...

Ummi Miqdad said...

Waalaikumussalam UM,sememmangnya permata hati yg Allah amanah ini perlu ddidik dan dijaga dgn penuh kesabaran.Insyaallah UM pun boleh juga punyai permata hati seramai yg penting redha dan sabar dgn segala dugaan dan cabaran.

IM,terasa sebak bila teringatkan kata2 jiran bonda
IM,semoga UM dan suami dikurniakan anak yg sentiasa mendoakan umi dan abinya.Begitu juga contoh yg perlu ditunjukkan oleh kami berdua terhadap ibu bapa dan mertua.Teringat pesanan ibu mertua UM maso ni memang yo ponek tapi belau anak2 ekau dah bosa panjang tau lah di orang jago omak.

Post a Comment