Tuesday, December 20, 2011

Jalan-jalan.......mensyukuri nikmat alam ciptaan yg Maha Pencipta
















Alhamdulillah pd hari Sabtu lepas kami sekeluarga dapat pergi ke Pulau Aman.Hanya anak ke 5 aku tak dapat bersama kami kerna dia berada di rumah adikku di Ipoh utk hafaz 1 juzuk dari mana2 surah dlm quran bersama anak adikku yg kini belajar di MRSM ulul Albab Kepala Batas.Kami bertolak dari rumah jam 4.00 ptg dan sampai di Jeti Batu Musang pukul 4.45 ptg.

Seronok betul anak2ku kerna dah lama tak naik bot.Kami sempat meredah hutan utk melihat pemandangan di Pulau Aman.Di sini ku titipkan gambar-gambar sewaktu kami di sana.Jam 7.00 malam kami bertolak balik dari jeti Pulau Aman. Kami solat maghrib berjemaah di surau Jeti Batu Musang.

Monday, December 19, 2011

Ruang masa yg berbaki.............................

Sedar tak sedar dah tinggal hampir lebih kurang 2 minggu je lagi cuti sekolah kian berakhir.

Tugasan dan amanah di sekolah akan mula digalas kembali.Bermula minggu depan dipenuhi
dengan pelbagai mesyuarat setiap hari sehinggalah jumaat depan.

Tanggal 25hb minggu depan juga Insyaallah aku dan keluarga akan ke KL utk mengambil barang2 anak perempuanku di rumah sewanya dan kemudian hantar lak kelengkapan rumah untuk anak lelakiku di rumah sewanya di Bangi.

Anak2 lak ajak pegi mandi laut,aku tak betah lagi mandi laut sejak peristiwa tsunami beberapa tahun yg lalu.Aku bersyukur kerna seminggu sebelum peristiwa itu aku dan keluarga berkelah dan mandi di Pantai batu Feringghi Pulau Pinang.Ku panjatkan kesyukuran kepada Allah swt dek kerna kami terselamat dari peristiwa sedih itu.


Semoga Allah permudahkan segala urusanku.....Amin ya Rabb

..........Titisan Mawaddah

Thursday, December 15, 2011

Segala-galanya bermula disini...........................

Hari ni moodku agak baik,Alhamdulillah.Suamiku baru dpt sms malam tadi dari Ketua

Penolong Pengarah BTPN,Pulau Pinang yg mengingatkan bahawa pada jam 8.00 pagi ini

Timbalan Pengarah BTP Malaysia akan melawat BTPN Pulau Pinang.Selepas balik dari

surau bersama-sama anak2 lelakiku,suamiku meminta angah anak lelakiku utk sama-sama

mengendalikan bacaan al-quran berjemaah bersama-sama adik2nya yg lain.Begitulah

rutin seharian mereka di rumah jika selepas sekembali dari solat subuh di

surau.Pada hari Sabtu dan Ahad suamiku akan baca tafsir Al-quran dan membuat

tazkirah pendek untuk kami sekeluarga.

Seawal pagi hari ini suami ku keluar rumah utk ke pejabat,Ku doakan agar suamiku

selamat sampai ke tempat kerjanya dan dipermudahkan oleh Allah segala urusannya.


"Umi,anak maklong si Haffaz dah keluar hospital PUSRAWI semalam maklong hantar sms pd

angah"jelas anak keduaku selepas mereka mengaji quran .Alhamdulillah,kesian pd Haffaz

kerna demam panas saja dah 3 kali tahun ini anak kakak sulungku dimasudkan ke

hospital.

Sedikit tatapan potret keluargaku bersama-sama anak2ku yg tercinta semoga menjadi

anak2 yg soleh dan solehah.

Kembali kini......

Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan olehNYA.Kami sekeluarga telah menziarahi ibu mertuaku di Hospital Tuanku Jaafar,

Seremban.Kami bertolak dari Perak seawal 3.00 pagi dan sampai di hospital lebih kurang jam 8.00 pagi.Waktu melawat jam 12.30

tgh jadi hanya aku seorang saja yg dpt melawat ibu mertuaku di wad.Itupun kerana menggunakan pelawat yg digunakan oleh anak

perempuanku yg sulung.Dia bergilir dengan iparku yg tinggal di Kelantan menjaga mertuaku di wad.

Olehkerana keletihan dan terlalu mengantuk suamiku mengajak kami sekeluarga berehat seketika di rumah adik perempuannya di

Lavender height yg tidak berapa jauh dari hospital.

Alhamdulillah pada hari Jumaat lepas mertuaku dibenarkan keluar dari hospital.Penyakit beransur pulih namun disebabkan oleh

faktor usia beliau masih agak lemah dan tidak bermaya.

Memandangkan suamiku tiada cuti maka kami bertolak balik ke Perak pada hari Ahad dan waktu tengahari kami singgah ke majlis

walimatul urus sepupuku di Precint 9,Putrajaya.Lebih kurang jam 9.00 malam kami meneruskan perjalanan ke Perak dan sampai

di rumah jam 2.00 pagi.Kasihan suamiku yang agak keletihan kerna dia hanya dapat tidur beberapa jam saja kerna jam 6.50

pagi perlu bergegas ke tempat kerja.

Aku bersyukur kerna ibu dan bapa mertua beransur sihat mungkin bilamana melihat anak2 semua yg seramai 11 org dapat

berkumpul di sisi mereka ,semangat mereka agak kuat utk pulih.Walaupun sakit bapa mertuaku sempat lagi buah rambutan

untuk cucu-cucunya.Seronok betul anak2ku kerna dapat balik kampung menikmati rambutan dan durian di sekeliling rumah datuk

mereka.

Kata anakku yg ke 5 yg kini belajar di MRSM Transkrian,Umi seronok balik rumah wan boleh kejar ayam,boleh tengok atuk bagi

makan lembu dan yang paling seronok boleh panjat pokok.Kasihan sungguh pada anak2ku zaman kanak2 mereka tak sama macam

aku dahulu segala-galanya pernah ku rasa,main pondok2,galah panjang,main guli,berenang di sungai,dan mengail ikan.

Aku rindukan saat2 zaman kanak-kanakku.Kini teman sepermainanku masing2 dah mempunyai keluarga dan kehidupan mereka

tersendiri.

Besok tanggal 17 Disember adalah ulangtahun anak perempuan ke tiga ku,genaplah 17 tahun usianya.Namun kekadang perangai

nya kekadang masih kebudak-budakan lagi.Katanya tahun depan nak bekerja mencari pengalaman sementara menunggu result SPM.

Suamiku tidak membenarkannya."Biarlah tahun depan Jannah jaga Aufa dan buat kerja rumah,nanti Abi bagi elaun"kata suamiku.

Pada mulanya anakku protes juga lama-kelamaan selepas aku nasihatnya kebaikan seorang perempuan belajar memasak dan men-

jaga adik lebih mulia maka anak perempuan bersetuju.

Aku berharap pada tahun hadapan segala-galanya berjalan lancar sepertimana yg dirancang.Mudah-mudahan Allah permudahkan

segala urusanku di dunia dan di akhirat.

Amin ya Rabb.


..............Titisan Mawaddah

Sunday, December 4, 2011

kELUARGAKU SAYANG..............Mawaddah Wa Rahmah Wa Sakinah

Ummi...emak Huzair kirim salam Assalamualaikum utk ummi,kata anak ku yg ke 7 Arham Miqdad.Ku jawab salam tersebut.Kata anakku lagi ,Huzair bagi tau emak dia dah bersalin anak lelaki.Subhanallah...bila lak mak Huzair mengandung,betul ke dia bersalin,atau Miqdad silap dengar,kan ke baru tahun lepas dia bersalin anak lelaki.kataku kehairanan.
Betul umi,yang ini anak yg ke 12 ,adik dia lelaki lagi le umi,jelas Miqdad.

Oh,kalau camtu boleh le kami ikut umi pegi tengok baby baru dia ummi ye,kata Miqdad.
InsyaAllah nanti bila ada masa kita pegi ziarah ye.
Aku faham apa maksud Miqdad tu dahulu sewaktu anakku baru 9 org dia dah merungut katanya baru ada 9 org je sedangkan Huzair dah 1o org.Aku tegur sikapnya dan nasihatkannya bukan jumlah atau kuantiti yg kita pentingkan tapi kualiti dari segi amalan kita,solat fadhu kita ,akhlak kita dan segala amal kebajikan kita.

Anakku Miqdad ketika itu baru berusia 7 tahun mungkin waktu itu dia belum faham erti kualiti namun.,yang dia tau dia nak bilangan adik-beradiknya mesti sama dengan bilangan ahli keluarga abi nya yg seramai 11 org.Anak2 selalu merungut,kata mereka tak best lah umi ada 4 orang adik beradik je.Bila hari raya tak ramai kita berhimpun kat rumah tok wan.Anak2 ku masih belum mengerti lagi ku perlu jelaskan pada mereka dengan cara yg paling hikmah.


Sesungguhnya Allah maha berkuasa ,pada tahun 2009 aku telah melahirkan anak yg ke 10,seperti yg aku doakan sebelum ini aku teringin benar nakkan anak perempuan yg ke tiga kerna dah ada 7 org anak lelaki.Alhamdulillah doaku dimakbulkan oleh Rabbul Jalil.Anak2ku semuanya gembira dan bersyukur dek kerna mereka mendapat adik perempuan
buah hati kami....Aufa Mawaddah.Yang pasti yg paling gembira Miqdad le pabila lihat adik perempuannya dan dia katakan pada adiknye aufa bila besar nanti jadi ustazah ye.

Syukur kepada Allah kini anak perempuan ku dah berusia 2 tahun ,alangkah gembirannya semalam dia dah boleh membaca doa makan dengan lancar.Sasaranku selama cuti sekolah ini aku berharap anak kecilku ini dapat membaca sekurang-kurangnya 5 jenis doa2 harian yg mudah.Anak ke 9 ku Amjad yg berusia 5 tahun lain pula kerenahnya yg ini jiwanya agak lembut dan mudah tersentuh.Dia kerap sakit dan menghidap asma so aku dan keluarga perlu beri perhatian yg lebih sikit terhadapnya.Amjad pu baru minggu lepas dah boleh hafal doa utk ibu bapa.Selalu bila dia dan abang2nya balik dari solat di surau aku mesti tanya Amjad baca doa tak selepas solat tadi.Amjad baca
doa pendek je ,lepas tu Amjad cakap amin masa imam baca doa,kata anak ku lagi.
Amjad baca doa apa umi nak dengar,kataku lagi."Ya Allah ya Tuhanku ampunkan dosa umi dan abi dan sembuhkanlah penyakitku".Aku terus peluk anakku ,begitu tersentuh hatiku
kau lah permata hati umi dan abi.Walaupun usianya baru 5 tahun dia sudah memahami.


"Ya Allah aku mohon padaMu kurniakanlah kami anak2 yg soleh dan solehah".Umi Amjad dan boleh baca selawat Syifa dan doa untuk ibu bapa yang umi suruh hafal tu.Amjad membaca dengan pelatnya yg tersendiri.Syukur dalam tempoh seminggu dia dah boleh hafal doa tersebut.Anak2ku kau lah permata hati ayah bonda .
Anak-anakku ada pelbegai kerenah yg remaja lain pula caranya.Anak perempuan sulungku Athiyah Mardhiyah meningkat dewasa, tahun depan dah nak praktikal dan akan tamat pada bulan April pengajian Diploma Teknologi Komputer di UNIKL dan akan menyambung
ijazahnya. Aku nasihatkannya utk masuk ke bidang pendidikan tapi katanya tak minat jadi guru,cukuplah umi dan abi je jadi guru biarlah ada perkembangan sikit.Begitu le anak zaman sekarang dah pandai memilih sendiri berbanding aku dan suami dahulu masing2 patuh pada ibu bapa.Aku dan suami sewaktu tahun 80 an sama2 belajar di ITM Shah Alam dalam bidang Pengurusan Perniagaan.Tapi dek kerna masa tu ramai siswazah yg mengganggur ibubapaku menasihatkan ku agar sambung belajar dalam bidang pendidikan maka aku pun masuk ke Maktab Perguruan Ipoh,Hulu Kinta.Begitu juga dengan kisah suami ku,dia pun tak sempat menghabiskan pengajiannya di ITM dan terus memasuki maktab yg sama denganku.Sewaktu di ITM Shah Alam aku tidak pernah mengenali atau berjumpa dengannya sama sekali.Namun kekuasaan Allah swt aku dipertemukan jodoh dengannya di maktab tersebut itupun perkahwinanku bukanlah atas dasar cinta seperti remaja sekarang.Perkahwinanku semua atas urusan pensyarahku dan sahabat2 di Ipoh.Alhamdulillah sperti kata ustaz Azhar Idrus bercinta selepas berkahwin.Padaku kecintaan pada Yang Maha Pencipta dan kekasihnya Muhammad saw itu yg lebih utama.Cinta pada manusia tidakkan kekal lama.Semoga hidup kami sekeluarga di bawah perlindungan dan rahmatNya,InsyaAllah.

Ku doakan agar ada di kalangan anak2ku akan menjadi seorang tahfiz sepertimana adik iparku.Ku harap doaku ini akan termakbul Harapan ku sandarkan pada anak lelaki yg ke 6,Akram Muaz yang berusia 11 tahun, dia memang Alhamdulillah mudah menghafaz ayat2 quran cuma dek kerna kenakalannya aku perlu awasinya sedikit.Sikapnya kadangkala menyebabkan pertengkaran dengan adik2nya yg lain.Tapi bila aku dan suami nasihatkannya dia sedar kembali.InsyaAllah aku dan suami berhajat agar Muaz dapat melanjutkan pengajian tahfiznya pada tahun 2013 di ITQAN Gemencheh Negeri Sembilan.Kebetulan Institiut Tahfiz ini berdekatan dengan rumah mertua ku.Aku inginkan jenazahku dan suami dimandikan oleh anak-anakku,diimamkan oleh salah seorang dari anak lelakiku dan liang lahatku digali oleh anak2 lelakiku.
Ya Allah kau ampunkanlah dosa2 kami,Kau makbulkanlah permintaan hambamu yg hina lagi dhaif ini.Sesungguh aku tidak layak masuk syurgaMU namun aku tak sanggup utk masuk nerakaMU,Sesungguhnya engkau maha pengasih lagi penyayang.Perkenankanlah permintaan
hambamu.Aku malu padamu terlalu banyak permintaanku padamu sebaliknya terlalu kurang amal ibadatku.Hanya padamu akan pohonkan keredhaanMu Ya Allah.....

Hambamu banyak berdosa,terimalah taubatku.......
Sesungguhnya hidupku dan matiku hanya padaMU ya Allah Tuhan sekelian alam.


..........Titisan Mawaddah

WASIAT ASY-SYAHID IMAM HASAN AL-BANNA

1.Apabila saudara mendengar azan solat fardhu , segeralah bangun untuk bersolat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah ( fahamilah ) Al-Quran atau tataplah ilmu atau dangarlah perkara yang baik atau berzikir , janganlah sesekali saudara membuang masa dan melakukan perkara sia-sia.

3.Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana ia merupakan salah satu syari’at Islam.

4.Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T. itu sentiasa tenang dan tenteram.

6.Saudara janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh-sungguh dan serius dalam setiap perkara.

7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring ( kuat / meninggikan suara ) daripada kadar yang dikehendaki pendengar kerana ia menjemukan serta boleh menyakiti pendengar.

8.Jauhkan dari mengumpat , mengecam pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.Sabda Rasulullah S.A.W. ; ”Berkatalah kamu perkara yang baik atau ( jika sebaliknya ) diam”.

9.Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak meminta demikian kerana asas-asas Da’wah ialah berkasih-sayang dan berkenalan.

10.Kewajipan seseorang labih banyak dari waktu , oleh itu , bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara berurusan , maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Siapa Lelaki Dayus ?

Nabi SAW bersabda :-

لاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?


ERTI DAYUS

suami tiada kuasa?Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.



2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :
دخل عليهن أو يراهن غير ذي
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يمحرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )


Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

KEAJAIBAN OTAK......................

Sekadar renungan buat setiap insan yg dikurniakan otak.gunakanlah ia sebaik-baiknya utk berfikir ke arah membuat kebaikan
dan sentiasalah berbaik sangka kepada Pencipta kita.....Ya Rabbul Alamin

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” . Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.


Subhanallah....betapa besarnya keagunganMu Maha Pencipta ..Al Khaliq...

Saturday, December 3, 2011

Doakan mertua den..........

Seawal pagi semalam aku dan suami tersentak dgn sms dri adik iparku....Alang omak masuk hospital Tampin.Ape lai terkojut bosa le kami berduo.Suami ku terus call adik lelakinya dan katanya suhu badannya terlalu tinggi dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Adik ipar yg perempuan lak baru operation dan ada di kg.Ayah mertuaku juga dah hampir seminggu tak leh bangun akibat masalah tulang belakang dan doktor memaklumkam tidak bleh dibuat pembedahan akibat faktor usianya yg dah 73 tahun.

Ya Allah hanya pada MU aku mohon pertolongan kau ringankan kesakitan pd kedua mertua ku,
Dalam kondisi sekarang keadaan agak meruncing juhe le kalau nak balik hari ni ke kg ,masalahnye anak ke 3 ku masih periksa SPM subjek Ekonomi n Account berakhir pd hari Tsnin n Selasa depan.
Anak sulungku memberi cadangan agar dia balik seorang dahulu dgn menaiki bas je utk
menjaga wan (nenek) di hospital manakala atuk nye dijaga oleh kakak ipar ku yg sulung.
So kami pun bergegas amek tiket bas utknya berlepas pd jam 11.45 pagi ini.Risau gak nak melepaskannya seorg diri ke sana.Namun dek kerna dia sudah biasa berulang alik ke K.Lumpur maka suamiku nasihatkan aku agak jgn risau sangat.


Jam 5.00 pagi tadi aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari adik iparku yg tinggal di Kuala Lumpur katanya mereka dlm perjalanan ke hospital kerna suhu badan emak mertuaku semakin tinggi.Mereka semua sedang berkumpul di hospital bersama dgn ipar2 ku yg lain.Sedih terasa dlm situasi anak ku belum habis SPM camna aku nak ziarah mertuaku.Ya Allah kau leraikanlah kekusutan yg sedang kami alami kini....


Jam 7.00 pagi tadi birasku yg tinggal di Kuantan call pula memaklumkan kondisi mertuaku sekarang tidak menentu dan akan dihantar ke hospital Seremban untuk dimasukkan tiub.Aku menasihatkan suamiku pulang ke kg dahulu bersama anak perempuan sulung ku pagi ini.
Ya Allah kai permudahkan segala urusan kamo

Thursday, December 1, 2011

Banyaknye agenda yg perlu disetel bln disember

Hari ni anak perempuan sulung ku dah merungut bila nak pegi ambil barang2nya di Kg Baru,K.Lumpur.Perjanjian utk rumah sewanya hingga hujung dis ni je.Awal januari dia nak praktikal di Johor Bahru lak.Kena uruskan utk rumah sewa kat JB lak.
Duit lagi.....

Anak ke dua yg lelaki lak tahun depan tak nak tinggal kat hostel,sem.2 tahun depan sewa rumah kat taman perumahan di Bangi.
Deposit rumah dah RM350 ,katanya nak pegi kampus kena ada kenderaan so alamatnya kena bawa motor le.Nak baiki motor tu rasanya mungkin memakan hampir ratusan ringgit gak.Alahai duit lagi.
Dah le macam2 bil nak kena setel, pening kepala suamiku nanti bila dia balik dari P.Langkawi petang jumaat ni.

Nak balik Negeri Sembilan minggu depan,kereta exora yg aku selalu bawa anak2 ke sekolah tiba2 buat hal lak minggu ni,cam ada masalah pada brek je.Aku bukannya pandai bab2 kereta ni.Semuanya kena tunggu suamiku balik nak check apa masalah kereta exora tu.Semalam suami telefon nak pesan ole2 dari Langkawi ke......Ah kesian lak bila fikir duit perlu digunakan utk perkara penting yg lain.So aku hanya pesan minyak gamat n coklat buat anak2.

Bulan ni memang byk cabaran,kereta suamiku accident masa dia nak pegi kerja.Kebutulan dekat dgn traffic light Nibong Tebal ada seorang pemandu perempuan brek mengejut,apa lagi suami ku lak tak sempat brek terus hentam belakang kereta perempuan tu.Teruk juga kondisi kereta perempuan tu,kereta suamiku kena byk RM..... gak utk baikinye.Duit lagi,,,,,,,,


Nak kena beli uniform sekolah dan peralatan sekolah lagi bulan ni,Alhamdulillah dapat bonus setengah bulan gaji itupun
kira dah bersyukur.Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga,Terfikir juga camna le keluarga yg hanya si suami je yg
mencari rezeki.Tapi bila mereka redha dan bersyukur,aku lihat rezeki mereka lebih berkat.Betul juga kata Ustaz Samsuri Ahmad kalau duit ada berjuta-juta pun kalau tak berkat nak buat apa kiata akan diuji dgn bermacam2 dugaan spt sakit yg kronik ke,anak2 yg tak hormat ibu bapa dan sebagainya.



Bila ingat saat2 aku diuji dgn kesakitan yg agak teruk juga le pd bulan April hingga Jun lepas tersedar aku bahawa
wang tak boleh membeli segala-galanya.Alhamdulillah berkat doa suami,anak2,ahli keluarag dan sahabat2 aku kembali
beransur sembuh kembali.Bila dikenangkan kembali camna anak2 aku yg 10 org tu setiap seorang akan main peranan menjaga aku
setiap masa sayu terasa.Dgn diduga suami yg bertugas di Shah Alam masa tu hanya hujung minggu saja dia akan balik utk membawa aku membuaat rawatan di hospital Lam Wah Ee Pulau Pinang.Hampir kesemua duit simpanan kami dihabiskan merawat sakitku.Suamiku ,anak-anak dan ibuku begitu sabar menjaga aku waktu itu.Cuti tahunan suami ku telah habis semuanya.Pening gak le dia fikir camna nak balik Ng Sembilan minggu depan sbb cuti dah habis.


Aku mohon padamu Ya Allah permudahkanlah urusan kami sekeluarga>Berikanlah kami rezeki yang halal dan berkat.Semoga aku
dan suani tabah dan sabar utk memelihara dan mendidik anak2 kami ke jalan menuju mardhatillah.
Amin ya Mujib ,Amin Ya Mubin ,Amin Ya Karim.....
Kepadamu jua hambaMu berserah Ya Rabb;

Titisan Mawaddah............

Wednesday, November 30, 2011

Baiti Jannati

Salam Ukuwwah.

Tak tau nak mula menulis camna sebab dah lama aku tak singgah kat teratak aku ni.Dah bersawang rupanya.Apakan daya dek terlalu banyak tugasan dan homework dunia yg perlu ku selesaikan maka bersawang lah teratakku yg tak seberapa ini.tambahan pula aku bukannya pandai sangat menulis or mencoretkan kata-kata dgn bunga2 bahasa yg indah.Patutlah aku hanya boleh serba sedikit utk sampaikan fakta2 sains kekadang ku rasa ada yg tidak relevan dengan kehendak alami.So aku kena pandai relate kan dengan kekuasaan Allah.Anak didikku masih terlalu mentah andainya tersilap cara penyampaianku maka natijahnya buruk padahnya.So setiap sesuatu yg betlaku itu pasti ada sebab dan musababnya.

Dah hampir setahun lebih ku tinggalkan blog ku ini.Ini adalah blogku yg kedua,yg lagi satu aku sendiri dah lama tak jenguk semenjak tahun 2008 lagi.Dugaan demi dugaan yg aku dan suami tempuhi utk membesarkan amanah Allah seramai 10 orang amat mencabar.Aku terfikir macam mana mertuaku boleh mendidik dan memelihara anak mereka seramai 11 orang.masing-masing telah berjaya dalam hidup mereka.Walaupun hanya ayah mertua ku saja yg bekerja sebagai Renjer Perhutanan namun ibu mertua ku tidak pernah mengeluh dan sentiasa sabar dan tabah hadapi semua ujian.Dia membantu membanting tulang menambah pendapatan keluarga dengan menoreh getah.Ibuku dan ibu mertuaku menjadi idola bagiku di samping ketabahan dan teladan yg ditunjukkan oleh isteri2 Rasulullah dan para sahabiah.

Pahit getir sepanjang bahtera yg ku layari ini bersama suamiku yg tercinta telah banyak mengajarku erti kehidupan sebenar.
Adakah aku mampu menjadi isteri solehah dan ibu yg boleh diteladi.Terasa kerdilnya diri ini yg serba kekurangan,tandus ilmu dan pengalaman.Aku bersyukur kerna dikurniakan seorang suami yg byk membimbingku dan sabar serata dapat menerimaku sebagai isteri seadanya.


Tadi baru dpt call dari suamiku yg sedang bermesyuarat di P.Langkawi,katanya ayah mertuaku sakit tak dapat bangun akibat tulang belakangnya bermasalah.Selalunya dia lah melayan kerenah cucu-cucunya yg ramai.Sedih terasa bila kenangkan mungkin dia tak dapat menjadi imam utk anak dan cucu2nya di surau yg berdekatan rumahnya.InsyaAllah suamiku berjanji utk pulang ke kampung di Ng Sembilan miggu depan.Anak2 ku begiti gembira pabila mendengar akan balik kg minggu depan tapi dlm hati mereka mungkin sedih juga kerana atuk mereka tak sihat.

Dah sekeian lama juga aku tak dapat berjumpa dgn sahabat2 ku di Ipoh.Rindu terasa .teringat kembali sewaktu mengikuti pelbagai program di sana.Kini ku rindui saat2 bersama mereka.Apakan daya ku cuba bangun kembali utk menjengah sahabat di kawasan ini namun terlalu banyak kekangan dan masalah yg perlu ku hadapi sejak 5 tahun kebelakangan ini.
Cuti sekolah yg agak panjang ni kekadang memeningkan kepala gak nak layan kerenah anak2 yg ada 3 fasa ni.Semalam call sahabat kalau2 ada sebarang program atau pengisian utk anak2ku ni namun belum ada respon lagi.Esok nak hantar 3 org anak ku ke pengajian tahfiz di Al Kauthar bersebelahan dengan taman perumahanku.Mungkin selama sebulan ni je mereka dapat pergi itu pun seminggu sekali aje.Bila ddudk dalam rumah asyik tengok tv dan melayari internet.Namun kata suami ku elok le tu tak lah mereka merayap or berkawan dengan remaja yg melepak.Sekurang-kurangnya aku masih boleh melihat mereka berada dalam pengawasan aku dan suami.Suamiku berkorban mencari rezeki sebelum terbit sang mentari dia dah keluar rumah pulangnya setelah hilangnya cahaya sang suria.Mana tidaknya dek perjalanan dari rumah kami ke tempat kerja yg sejauh 45km melalui lak highway ke utara kemudian keluar pula masuk ke jalan kg ke Pokok Sena ,Kepala Batas Pulau Pinang.Pejabatnya berdekatan dengan Sek Agama Irsyad yg menjana ramai tokoh2 agama dari gedung ilmu ini.

Suamiku banyak memberiku bimbingan dan semangat utk aku teruskan liku-liku hidup.Dia pernah berkata berkahwin dengannya tak dijanjikan dengan kemewahan dan belajarlah hidup secara sederhana dan bersyukur dengan apa yang ada,Kekadang hati dan perasaan ini tersasar juga bilamana melihat kemewahan org lain tapi cepat2 aku tersedar semuanya hanya dipinjam seketika buat kita.Kata suamiku hanya amal jariah dan anak yg soleh kan dapat menolong kita di sana nanti tempat yg abadi.
Twrdetik di hati betapa kerdinya diri ini masih jauh ku rasa,mampukah aku mendidik mereka menjadi anak2 yg soleh dan solehah sedangkan diri sendiri serba kekurangan.Dek leka dengan tugasan dunia kekadang alpa seketika.

Semoga Muharram yg tiba kini dapat merubahkan hidupku dan aku dapat berhijrah melawan hawa nafsu jihad yg sebenar-benarnya utk ketika ini.Baru-baru ni aku dengar ceramah yg dibuka oleh anak kedua ku di you tube.Ceramah disampaikan oleh ustaz muda yg penuh ilmu walaupun tampak santai aje Ustaz Don Daniyak Don Biyajid.Masih teringat kata2nya adakah pernah ibu2 sekelian sewaktu mula hamil dulu doa utk anak agar anak itu berjuang utk fisabilillah.Aku agak terkedu dan teruja dengan persoalan anak muda ini.Ini adalah iktibar dari kisah keluarga Imran bilamana isterinya yakni ibu kpd Mariam telah berdoa sewaktu mengandungkan Mariam bahawa ian berjanji anak dalam kandungannya nanti akan menjadi penjaga Kaabah(waktu tu Baitul Maqdis).
Natijahnya Mariam telah melahirkan Isa iaitu seorang Nabi itulah doa dari nendanya maka cucunya Nabi Isa Alaihissalam yg berjuang utk fisabilillah.
Adakah aku mampu melakukan sedemikian? mungkin belum terlambat namun aku perlu berusaha dan berkorban hatta nyawaku demi utk mencerna quranik generation.Tiada ertinya hidup ini tanpa pengorbanan.Dan tiada bermaknanya pergorbanan itu tanpa perjuangan.Bila akan bermula segala-galanya..........berubah dari sekarang dan aku perlu bijak bertindahk dengan penuh hikmah.Syukran wahai suami dan anak2ku kerna memahami diriku kini.
Titisan Mawaddah............