Hari ni anak perempuan sulung ku dah merungut bila nak pegi ambil barang2nya di Kg Baru,K.Lumpur.Perjanjian utk rumah sewanya hingga hujung dis ni je.Awal januari dia nak praktikal di Johor Bahru lak.Kena uruskan utk rumah sewa kat JB lak.
Duit lagi.....
Anak ke dua yg lelaki lak tahun depan tak nak tinggal kat hostel,sem.2 tahun depan sewa rumah kat taman perumahan di Bangi.
Deposit rumah dah RM350 ,katanya nak pegi kampus kena ada kenderaan so alamatnya kena bawa motor le.Nak baiki motor tu rasanya mungkin memakan hampir ratusan ringgit gak.Alahai duit lagi.
Dah le macam2 bil nak kena setel, pening kepala suamiku nanti bila dia balik dari P.Langkawi petang jumaat ni.
Nak balik Negeri Sembilan minggu depan,kereta exora yg aku selalu bawa anak2 ke sekolah tiba2 buat hal lak minggu ni,cam ada masalah pada brek je.Aku bukannya pandai bab2 kereta ni.Semuanya kena tunggu suamiku balik nak check apa masalah kereta exora tu.Semalam suami telefon nak pesan ole2 dari Langkawi ke......Ah kesian lak bila fikir duit perlu digunakan utk perkara penting yg lain.So aku hanya pesan minyak gamat n coklat buat anak2.
Bulan ni memang byk cabaran,kereta suamiku accident masa dia nak pegi kerja.Kebutulan dekat dgn traffic light Nibong Tebal ada seorang pemandu perempuan brek mengejut,apa lagi suami ku lak tak sempat brek terus hentam belakang kereta perempuan tu.Teruk juga kondisi kereta perempuan tu,kereta suamiku kena byk RM..... gak utk baikinye.Duit lagi,,,,,,,,
Nak kena beli uniform sekolah dan peralatan sekolah lagi bulan ni,Alhamdulillah dapat bonus setengah bulan gaji itupun
kira dah bersyukur.Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga,Terfikir juga camna le keluarga yg hanya si suami je yg
mencari rezeki.Tapi bila mereka redha dan bersyukur,aku lihat rezeki mereka lebih berkat.Betul juga kata Ustaz Samsuri Ahmad kalau duit ada berjuta-juta pun kalau tak berkat nak buat apa kiata akan diuji dgn bermacam2 dugaan spt sakit yg kronik ke,anak2 yg tak hormat ibu bapa dan sebagainya.
Bila ingat saat2 aku diuji dgn kesakitan yg agak teruk juga le pd bulan April hingga Jun lepas tersedar aku bahawa
wang tak boleh membeli segala-galanya.Alhamdulillah berkat doa suami,anak2,ahli keluarag dan sahabat2 aku kembali
beransur sembuh kembali.Bila dikenangkan kembali camna anak2 aku yg 10 org tu setiap seorang akan main peranan menjaga aku
setiap masa sayu terasa.Dgn diduga suami yg bertugas di Shah Alam masa tu hanya hujung minggu saja dia akan balik utk membawa aku membuaat rawatan di hospital Lam Wah Ee Pulau Pinang.Hampir kesemua duit simpanan kami dihabiskan merawat sakitku.Suamiku ,anak-anak dan ibuku begitu sabar menjaga aku waktu itu.Cuti tahunan suami ku telah habis semuanya.Pening gak le dia fikir camna nak balik Ng Sembilan minggu depan sbb cuti dah habis.
Aku mohon padamu Ya Allah permudahkanlah urusan kami sekeluarga>Berikanlah kami rezeki yang halal dan berkat.Semoga aku
dan suani tabah dan sabar utk memelihara dan mendidik anak2 kami ke jalan menuju mardhatillah.
Amin ya Mujib ,Amin Ya Mubin ,Amin Ya Karim.....
Kepadamu jua hambaMu berserah Ya Rabb;
Titisan Mawaddah............
4 comments:
Hidup ini akan terasa indah jika kita mempunyai sikap berlapang dada dan hati yang bersyukur berbanding kesusahan orang lain yang lebih.
IM selalu diberitahu bahawa bersedekah dan solat Dhuha adalah elemen terbaik memurahkan rezeki kurniaan Tuhan!
teruslah menulis, ya.. ummi. pengalaman IM memberitahu bahawa menulis boleh mengurangkan keresahan di dada. menulis juga boleh membantu orang lain belajar dari pengalaman kita.
harap dapat selalu baca tulisan ummi!
Salam
Semoga Allah mempermudahkan segala perjalanan hidup keluarga ummi. Setiap dugaan kita terima dengan hati yang redha walaupun dalam jangkamasa yang sama kita merasa terlalu sedih. Itulah fitrah manusia asalkan ia tidak melampaui batasan.
Syukran akh IM n WN kerna byk memberi peringatan sbgmana yg selalu diigatkan oleh suami saya akan redha dan berlapang dada dgn segala yg berlaku
Post a Comment