Seawal pagi semalam aku dan suami tersentak dgn sms dri adik iparku....Alang omak masuk hospital Tampin.Ape lai terkojut bosa le kami berduo.Suami ku terus call adik lelakinya dan katanya suhu badannya terlalu tinggi dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Adik ipar yg perempuan lak baru operation dan ada di kg.Ayah mertuaku juga dah hampir seminggu tak leh bangun akibat masalah tulang belakang dan doktor memaklumkam tidak bleh dibuat pembedahan akibat faktor usianya yg dah 73 tahun.
Ya Allah hanya pada MU aku mohon pertolongan kau ringankan kesakitan pd kedua mertua ku,
Dalam kondisi sekarang keadaan agak meruncing juhe le kalau nak balik hari ni ke kg ,masalahnye anak ke 3 ku masih periksa SPM subjek Ekonomi n Account berakhir pd hari Tsnin n Selasa depan.
Anak sulungku memberi cadangan agar dia balik seorang dahulu dgn menaiki bas je utk
menjaga wan (nenek) di hospital manakala atuk nye dijaga oleh kakak ipar ku yg sulung.
So kami pun bergegas amek tiket bas utknya berlepas pd jam 11.45 pagi ini.Risau gak nak melepaskannya seorg diri ke sana.Namun dek kerna dia sudah biasa berulang alik ke K.Lumpur maka suamiku nasihatkan aku agak jgn risau sangat.
Jam 5.00 pagi tadi aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari adik iparku yg tinggal di Kuala Lumpur katanya mereka dlm perjalanan ke hospital kerna suhu badan emak mertuaku semakin tinggi.Mereka semua sedang berkumpul di hospital bersama dgn ipar2 ku yg lain.Sedih terasa dlm situasi anak ku belum habis SPM camna aku nak ziarah mertuaku.Ya Allah kau leraikanlah kekusutan yg sedang kami alami kini....
Jam 7.00 pagi tadi birasku yg tinggal di Kuantan call pula memaklumkan kondisi mertuaku sekarang tidak menentu dan akan dihantar ke hospital Seremban untuk dimasukkan tiub.Aku menasihatkan suamiku pulang ke kg dahulu bersama anak perempuan sulung ku pagi ini.
Ya Allah kai permudahkan segala urusan kamo
2 comments:
Semoga Allah pulihkan kesihatan beliau suami, isteri dan memudahkan keluarga menguruskannya.
Doa JH bersama kalian.
Syukran Akh hrusli.
Alhamdulillah anak sulung saya dah selamat sampai d Hospital Seremban utk menjaga wan nya.
InsyaAllah kami sekeluarga akan bertolak malam khamis ini.
Doakan Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga.Amin Ya Mujib...Ya Mubin ...Ya Karim
Post a Comment